catatan suka-duka menzahirkan Arif Mustaqim
May 18th, 2009 by hana-meini adalah catatan yang sempat dinukil sebelum dan selepas kelahiran Arif Mustaqim. Ada suka yang dikongsi bersama, ada duka yang terbuku di dada, ada keharuan yang memecah tembok rasa. Namun ketibaan Arif Mustaqim memercik ceria.
10.55 am (04. 05. 09)
Sampai di hospital. Sebelum datang, sempat makan2 dan jalan2 dgn mama. Pergi Giant - alasan nak beli sandal, since hanya pakai selipar jepun je balik Terengganu. Tapi sebenarnya, deep inside of me, aku dapat rasakan yang aku akan stay di ward malam ni. Kenapa? Tak tahu…
12.15 pm
Mama yang setia menemani, minta izin aku untuk pulang ke rumah dahulu- bimbang abah yang tak lunch lg. Aku angguk jer. Lagipun, ini just check up biasa je. Bukan ada apa-apa yg mustahak. I’m not a child anymore- nak ditemankan mama ke sana sini. Instead, I’m carrying a baby in my wombb now. Aku pegang perut- baby tak gerak sangat arini. Mesti bgtau doc nt. harap2 doc kat sni tak mcm doc di AP. ada ke ckp aku ni jenis ‘worried too much”. Mmg laa… Dz is my first time. Mmg la aku bmbg!
12.35 pm
Jumpa doc.
Berdebar ila doc soal pasal breakfast. Something wrong with sugar in my blood? tak dinafikan, aku mmg suka mkn manis2 lately. Alasan - baby yang nak makan! huhu Stereotaip!!!
Blood test- Alhamdulillah, kandungan gula dlm drh hanya d tahap 5.4. Doc ckp itu normal. Lega. Hilang sat sumber nervous aku. Aku kan jenis gelabah…hehehe
Aku bg tau doc, baby x gerak sgt. Bila dipanggil, dia tak respond pun. Hai baby, apa yg tak kena? Mamabimbang la sayang…
Scan dijalankan. Doc arahkan aku untuk menjalani CTG. Huh, ala itu… Baby paling tak ska. Mungkin dia rasa rimas ada belt di perut mama dia. Sure lepas ni dia gerak. Hehehe…Anakku yg comel tp nakal ni. Moga besarnya nanti menjadi manusia soleh dan berguna… Amiinn…
1.15 pm
Dalam labour room - CTG dijalankan.
Seperti yang dijangka, baby gerak! dia tolak2 alat CTG. Sian anakku- rimas agaknya dia.
Sejjurus selepas CTG selesai, doc masuk. Dia memerhatikan graf keputusan CTG. Lama, Then, dia decide untuk check ‘jalan’. What? Macamana ni? Aku mula gelabah. I’m all alone here…
Doc cuba tenangkan aku, dan bagitahu macamana cara unuk aku memudahkan dia menjalankan pemeriksaan itu. ‘I know u r scared, ths is ur first time..’
Tpi satu hal membuatkan aku gelisah. masa aku dapat false alarm dulu, dan menjalani CTG di AP, nurse yang jaga aku cakap, kalau ikut prosedur, jika CTG ok, tak boleh cek ‘jalan’. So, sekarang, CTG tadi tak ok la? Thats why doc nk cek jalan? What happen to baby….
Doc hesitates for a while… Dia perhatikan graf CTG. Then, comes the discussion. Doc bercerita tentang ‘induction’. Sebenarnya aku tak ambik hal sgt ttg apa yang dia bebelkan. Yang aku perhatikan, ke mana sebenarnya discussion ini menghala?
Nah, ayat yang aku tunggu akhirnya terluah juga.
“Melihat keadaan baby, the best way is- Kita kena keluarkan baby sesegera mungkin”
Aduh, kenapa dgn baby ni? Ku usap lagi perut yang memboyot ini. Aku tak ingin bertanya, takut diberitahu perkara yang tak ingin didengar.
2.09 pm
admitted to ward. Rehat. Baca novel. (nampak macam tenang, rileks jer, padahal perasaan aku gundah gulana)
10.45 pm
Susahnya nak tidur… Biasa, pukul 9.15 aku dah meringkuk atas katil. maybe I think too much. Tak boleh jadi, aku kena tidur. Esok hari pentng, dan memenatkan (mUngkin). I’ve to get prepared. Aliaa di sebelah meringkuk atas sofa dgn novel di tangan. Biarlah, tak ada mood nak borak.
3.45 am
SURPRISE!!!
My bestfriend- merangkap suami, dan ayah baby dah sampai di ward. Lega rasanya… Release tension bila tengok senyum kartunnya. hehehe.
5.45 am (05.05.09)
(Cantik tarikh hari ni…)
Nurse masuk utk CTG lg. Baby dah makin aktiff. tendang2 alat CTG. Contraction pun dah makin kerap. Ingat pesan doc semalam, kalau contraction berlarutan, akan memudahkan misi hari ini.
5.50 am
Nurse masukkan ubat utk buanga ir bessar. Dia marah2 plak, katanya aku emut saluran najis. Mana adaa?? Aku tak tau macamana dikatakan kemut pun…
5.55 am
Dah rasa urge nak berak. Mandi. Lepas ni kena solat, dan makan.
Sempat lagi main air panas shower. Baby nampaknya tak suka sangat air panas ni. Biasanya dia suka bila aku mandi.
6.20 am
Usai solat subuh, Imran suruh makan, sambil bisik- ‘jgn bimbang, Kita ada pizza.Nanti leh makan pizza’ kami shake hands sambil gelak ala2 orang jahat filem hindustan. tengah makan, nurse masuk dgn alat2 induce, kut. Sabar, aku nk makan.
7.00 am
Sudah sampai di labour room, terkedang atas katil menanti di induce. Induce dijalankan oleh sister Cheah. Hmm, baik nurse ni.
Tak rasa sakit lagi. Sempat melawak dgn Imran, dan ambik gambar dalam labour room. Hehehe
8.00 am
Gesaan sudah terasa. Tapi tak terlalu sakit. False alarm dulu laagi sakit, ape… Masih boleh jalan laju2 ke toilet. Nurse hanya geleng kepala. Maaflah yer…
10.00 am
Induce dimasukkan lagi. kali ini makin sakit. Tapi x kisah laa… Bukan proses bersalin namanya kalau tak sakit.
Nurse yang bertugas asyik geleng kepala bila tengok graf CTG. Kenapa, ek? Bila ditanya, diorang hanya jawab
“baby awak tidur kut…”
11.45 am
Pytoxin dimasukkan melalui drip. Aku diberitahu, ubat ini akan buatkan aku makin sakit. Aku angguk sahaja. Redha menerima pengalaman ini.
Gesan makin kerap dan tahap sakit makin tinggi. Aku serba x kena. Duduk salah, baring pun salah. Jalan dah terbuka beberapa cm. Suamiku Imran setia di sisi. Sempat lagi aku suruh dia snap gambarku yg sdg melawan kesakitan. Dia nampak serba salah, tapi diikutkan juga karenah isterinya yg manja ini. huhu
12.40 pm
Sakit tak tertanggung lagi. Mama dan tok turut sama berada di labour room, memberi semangat. heh, nasib bersalin kat sini, kalau di hospital kerajaan, tidaklah dapat aku bermanja begini.
cuma, aku terkilan satu jer. Perut aku ni dibelit belt CTG. Tak dapatlah aku praktikkan ilmu Natural Childbirth yang aku belajar dari buku2 yang aku beli. geramnya….Apasal la tak nak tanggal2 lagi CTG ni? Perlu ke ia?
Imran di sebelah kelihatan tenang. heleh, berlakon je tu. Kalau betul tenan, kenapa kejap keluar, kejal masuk labour room? Macam tak tau taktik penyamaran abg…hehehe
2.00 pm
Air ketuban dipecahkan, untuk lihat samada baby sudah tertelan meconium atau belum. Alhamdulillah, air ketuban masih jernih. Doc mempamerkan wajah risau. Kenapa ni…?
2.30 pm
Sah. baby ada masalah. Doc masuk dan menjelaskan keputusan analisanya dari graf CTG. Heart beat baby tidak stabil. Kejap tinggi, kejap rendah.
” Saya bimbang, jika keadaan ini berlarutan baby tidak mampu bertahan lama. Kalau kita paksa keluar secara normal, tunggu lagi, dikhuatiri bila dia keluar nanti, heart beatnya akan flat. baby sudah exhausted”
Aku faham maksud doc itu. Lebih2 lagi apabila perkataan FLAT ditekan. Dan bila dia mencadangkan aku dibedah, aku semakin faham sejauh mana keseriusan dan kegetiran situasi ketika itu. Ya Allah, selamatkanlah baby…
Doc tinggalkan kamii utk berbincang. Aku, Imran dan mama termangu. Imran seperti mati kutu. Kesian kulihat wajah suamiku itu.
Aku nekad. Aku setuju untuk dibedah. Keputusanku seolah2 melabuhkan segunung kerisauan di kepala Imran. Dia memandangku sayu. Aku melarikan mata. Aku tahu, aku tidak kuat untuk menentang panahan matanya. Ada cinta dan rasa yg sukar aku terjemahkan dari kolam matanya.
Sabar, sayang…Inilah pengorbanan.. Bukankah buah cinta ini yg kita nantikan 9 purnama lamanya? 9 purnama itulah dia membenihkan harapan kita, mengeratkan kita berdua. Ana tidak rela jika kita tunggu sedikit waktu lagi, dan dia keluar- terkedang kaku tak bernyawa. Lupakah abg pd tendangan2 kecil di perut ana ketika abg bacakan ayat2 suci Al Quran utk baby? Ana tidak rela kehilangan nadi keceriaan itu, walaupun nyawa ana menjadi galang gantinya. Biarlah dia menjadi hadiah ulangtahun perkahwinan kita yang paing bermakna buat abg. Jika abg memilikinya, bermakna abg memiliki kedua kami-ana dan baby. Kerana, semangat ana akan tetap bersama baby walaupun jasad ana sudah hancur dimamah bumi. maafkan aku, suami…
3.00 pm
Aku dititipkan ke OT sesegera mungkin. lesu genggaman suami melepaskan aku. Sempat dia bekalkan aku sebuah ciuman. Aku takut, sangat takut. Takut itu ciuman terakhir darinya untukku.
3.15pm
Bius dimulakan pakar bius yang baik dan ramah-Dr.Ahmad. Aku hanya berserah.
Operasi dijalankan dengan tenang. Serasa ingin aku teriak, meyegerakan mereka bekerja. Aku bimbang keadaan baby di dalam. Apa sudah jadi pada anakku. Sudah tiada gerakan darinya!
Sejenis ubat ditambah oleh Dr. Ahmad. Katanya itu kerana badanku mula menggigil. memang aku tak tahan sejuk. Aku pernah menggigil kesejukan ketika camping di Sungai Congkak dulu.
3.34 pm
Dr Ahmad berbisik- ” Farhana, kita dah nak keluarkan baby, ya…awak jangan tidur. lawan rasa mengantuk tu.”
3.35 pm
Kedengaran batuk kecil, seperti orang tersedak diikuti ucapan syukur oleh Dr. Yusuf pakar O&G yang mengendalikan kesku.
Dr. Ahmad yg setia di sisi kepalaku berbisik lagi
“Tahniah farhana…Awak dah jadi ibu!”
Aku sebak, air mmata berjujuran. Laju.
4.00pm
Seorang bayi mulus dibawakan kepadaku. Comelnya dia. Wajahnya salin tak tumpah Imran. Cuma, baby lebih comel, lebih tembam, lebih puutih.
Bayi itu memandang tepat ke arahku. Syahdu menyelubungi suasana. Inilah manusia yang diam di dalam perutku selama ini.
4.15pm operasi selesai.
Aku disorong keluar.
Disambut bagai wira oleh 3 manusia penting dalam hidupku-Imran, mama dan Tok. Ketiga-tiga mereka bercakap dengan suara tersekat-sekat di kerongkong. tapi ada sinar gembira di penjuru mata mereka. Aku hanya mampu senyum. Aku capek, dong..Gelap.
10.45 pm
Aku terjaga. lampu sudah disuramkan. Ini mesti kerja Imran. Dia sudah tersandar keletihan di sofa sebelah. Aku menutup mata perlahan. Tenang- kerana aku tahu, beberapa langkah dari bilik kami, Arif Mustaqim sedang lena di peraduannya. paling penting, jantungnya sedang giat bekerja, tidak flat seperti yang dibimbangi doktor….
*** Arif Mustaqim tidak dapat keluar secara normal walaupun jalan untuknya sdh tersedia. dia mengalami masalah tali pusat tersepit di kepala, di mana tali pusatnya keluar bersama kepala bayi. Arif Mustaqim sudah lemas, tetapi berkat rahmat dari-Nya, dan usaha keras pasukan KTS Hospital, Arif Mustaqim berjaya diselamatkan. Terima kasih, Allah….